Rasulullah saw. akan satu nasihat
yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu
kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir
sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda,
"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan
mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya
seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia
akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh
dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin
(Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan
yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah
perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya
tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Keterangan:

1)
Hendaklah
ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala
perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
2)
Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin
walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka
berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar
Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti
patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
3)
Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar
Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka
telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman
dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja
yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan
syurga pada hari kiamat nanti.
4)
Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan
amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada
dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka
tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian
syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian
loghat atau bahasa sahaja (iaitu bid'ah hasanah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan